RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 18 Januari 2017

Sejarah Marcelo atau dikenali Bro M bersama Kelantan


2017 sekali lagi memperlihatkan peranan Marcelo Houseman apabila Egen FIFA ini membawa masuk 2 import iaitu Okiki & Cedric. Marcelo Houseman ataupun dikenali “Bro M” sebelum ini pernah membawa masuk import untuk Kelantan iaitu Amutu & Carillo. 

Seperti Biasa setiap import yang dibawa Bro M ini mempunyai title yang cukup mengerunkan contohnya Penjaring terbanyak & Pemain Skuad Piala Dunia sebagai memberi aura positif peranannya. 
-
Tetapi kita sendiri melihat apabila Amutu yang dibawa masuk Bro M pada 2015, umpama memanipulasi (mungkin dengan nasihat Bro M) untuk menjadikan liga berkelas rendah sebagai 'transit' dalam proses recovery daripada kecederaan panjang sebelum kembali semula ke Liga Utama. 

Buktinya Amutu hanya memiliki minit-minit permainan yang sedikit dan tidak pernah bermain untuk tempoh 90 minit.
-
Bro M juga pernah dilebalkan sebagai “tangan ghaib” pada 2015 yang menyebabkan Azraai Khor meletakkan jawatan sebagai jurulatih Kelantan walaupun baru sahaja memimpin Kelantan selama 3 bulan. 
-
2 pemain import bawaan Bro M kali ini dikatakan masih sangkut ujian kecergasan dan andai kata 2 pemain ini diberi lampu hijau menyarung jersi Kelantan, kami sebagai penyokong ingin buat saranan buat Bro M agar Bro M tidak melampui batas sekadar Agen FIFA. 

Kami mengharap Bro M tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti TRW seperti berada di tempat latihan pasukan. 

Sudah pasti keterlibatan Bro M secara langsung dalam aktiviti-aktiviti TRW bakal mencetuskan kontroversi dan kurang menyenangkan barisan kejurulatihan. 
-
Jangan kisah 2015 kembali berulang.