RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 18 Januari 2017

Pemain Kedah berazam mahu menjulang Piala Sumbangsih


ALOR SETAR: Pemain senior Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap semua pemain pasukan itu akan tampil dengan semangat tinggi apabila turun berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih di Johor Bahru, Jumaat ini. 

Walaupun menyedari bukan satu tugas mudah menghadapi juara trebel Liga Super di Stadium Larkin itu, dia tetap menaruh harapan skuad Helang Merah mampu melakukan kejutan pada musim ini. 

"Kami belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Kini tiba masanya untuk kami tampil dengan azam dan semangat baharu bagi memburu kejayaan yang kami sasarkan tahun ini," katanya kepada BH Online "Memang kemampuan JDT dilihat lebih menyerlah berdasarkan rekod sepanjang beberapa tahun lalu. 

Tambahan pula mereka bermain di tempat sendiri iaitu Stadium Larkin. "Namun ini musim baharu dan pastinya kami juga berazam membuktikan kemampuan kami ke tahap terbaik musim ini."

 Baddrol berkata, persiapan rapi sedang dilakukan Helang Merah dan sudah pasti setiap pemain berazam mahu menjulang Piala Sumbangsih musim ini. 

Rekod pertemuan antara JDT dan Kedah dalam Liga Malaysia musim lalu menyaksikan Kedah memperoleh satu kemenangan, sekali seri dan dua kali tewas.

sumber : Berita Harian