RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 25 Disember 2016

OAR tegaskan serius dan bukan cari publisiti untuk taja TRW



SYARIKAT pengeluar produk kesihatan, OAR Teguh Sdn. Bhd. menafikan hasrat untuk bekerjasama dengan Kelantan hanya semata-mata untuk mencari publisiti sebaliknya menegaskan pihaknya serius menaja The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017.
Pengarah Urusannya, Omar Ali berkata, pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan disambut baik oleh pengurusan persatuan itu, namun kedua-dua pihak hanya akan bertemu awal tahun depan kerana beliau kini menunaikan umrah.
Katanya, sebelum ini, beliau menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada penaja TRW dalam laman sosial Facebook serta meminta bantuan daripada mana-mana pihak untuk berhubung dengan KAFA.
“Saya tidak mempunyai hubungan dengan KAFA sebelum ini kerana kami berasal dari Negeri Sembilan. Disebabkan itu, perkara ini telah menjadi tular dalam laman sosial, ekoran daripada itu saya dihubungi oleh pihak media mengenai perkara ini.
“Saya ingin tegaskan bukan niat kami untuk mencari publisiti murahan, kami hanya mahu membantu KAFA dan memeriahkan bola sepak negara,” katanya mengulas kenyataan KAFA kelmarin yang meminta mana-mana pihak supaya tidak mencari publisiti murahan daripada krisis kewangan yang melanda persatuan itu.
Kosmo! kelmarin melaporkan OAR Teguh yang merupakan syarikat mengeluarkan jel prestasi, Gambir Emas menyatakan hasrat untuk menaja pasukan itu, manakala sebuah syarikat telekomunikasi, Red One pula mahu menjadi penaja utama.
Mengulas jumlah tajaan, Omar berkata, syarikat itu belum memutuskannya lagi tetapi telah menyediakan peruntukan tunai untuk pasukan itu.
“Kita tunggu hasil perbincangan dengan KAFA selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah pada 1 Januari ini. Kita telah menyediakan peruntukan itu kerana niat kami ikhlas untuk membantu.
“Terus terang saya katakan, kami tidak mampu untuk menjadi penaja utama yang melibatkan tajaan melebihi RM3 juta tetapi kami sedia menjadi sebahagian daripada penaja TRW,” katanya.