RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 24 Disember 2016

KAFA kesal dengan kenyataan `bakal penaja'


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kesal dengan kenyataan beberapa syarikat di media massa, yang mendakwa bakal tampil sebagai penaja atau penaja utama TRW musim 2017.
Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, dalam suasana persatuan menghadapi kemelut kewangan, banyak pihak yang cuba mempromosikan diri masing-masing untuk mendapat publisiti murahan seolah-olah mereka 'balang oksigen' penyelamat KAFA tanpa melihat kesan terhadap pihak yang lain.
"Kemunculan mereka ini membantutkan hasrat penaja lain yang benar-benar ikhlas membantu KAFA. Mereka mula menjauhkan diri untuk berunding dengan persatuan disebabkan ada pihak yang mendakwa mereka penaja utama.
"Harus diingat, tahun lalu Syarikat Chengal Jati yang menyumbangkan tajaan berjumlah RM3 juta pun tidak berstatus penaja utama Kelantan, inikan pula tajaan yang terkumpul sekarang hanya sekitar RM800,000.
"Kalau mereka ikhlas ingin membantu, mereka seharusnya berunding dengan KAFA untuk memuktamadkan keputusan dan membuat sebarang pengumuman rasmi membabitkan tajaan," katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.
BH Online sebelum ini melaporkan, KAFA memutuskan untuk menarik diri daripada Liga M musim depan berikutan kekangan kewangan dihadapi selain gagal mendapat penaja utama.
Namun, skuad itu dilihat sudah boleh menarik nafas lega selepas dua syarikat, termasuk RedONE Malaysia dan SuperBest Power Health Food and Beverages (SuperBest) menyatakan kesediaan untuk menaja TRW.
KAFA memerlukan RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan.
Ketika ini, persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.