RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 25 Disember 2016

Annuar dialog dengan penyokong Kelantan Isnin


KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa sedia bersemuka dan berbincang hati ke hati dengan kelab penyokong The Red Warriors (TRW) bagi mengurai kekusutan dan hala tuju pasukan itu, Isnin ini.  

Bekas presiden KAFA itu berkata, perbincangan diadakan bagi menghargai sokongan peminat skuad Kijang yang tidak putus memberi sokongan terutamanya ketika TRW berdepan situasi sukar ketika ini.  

Katanya, bagaimanapun, beliau bertegas tidak mahu memberi sebarang ulasan mengaitkan dirinya dengan TRW termasuk peranannya bagi membolehkan pasukan Kelantan kekal bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.  

Katanya, pendirian itu diambil kerana beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam badan induk bola sepak itu dan tidak mahu mengganggu apa juga keputusan yang akan dibuat KAFA.  "Ketiga, saya juga tidak mahu mempengaruhi keputusan dalam Kongres Luar Biasa KAFA yang akan dibuat 29 Disember ini," katanya ketika ditemui dalam Program Walimatul Urus Qubro 2016 di Masjid Ayesha, Kok Lanas, di sini, hari ini.   

Annuar berkata, sokongan nya pada TRW kini umpama sokongan seorang peminat yang lebih senang mengambil pendekatan tunggu dan lihat tentang perkembangan TRW.  

 KAFA sebelum ini mengancam untuk menarik diri daripada saingan Liga M musim depan kerana tidak mampu menyediakan peruntukkan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi bersaing secara kompetitif dalam saingan Liga M 2017.

- BERITA HARIAN