RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

Teraniaya, 4-5 Bekas Jurulatih Negara Mahu Heret FAM ke Mahkamah atau FIFA!


FAM bakal diheret ke mahkamah, malah sehingga ke FIFA sekiranya gagal menyelesaikan isu tunggakan baki gaji lima bekas jurulatih skuad utama kebangsaan dan skuad bawah 22 tahun negara. 

Bekas Penolong Jurulatih B-22, Aminuddin Hussin berkata, pihaknya berharap FAM tidak mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu berkenaan kerana beliau serta tiga jurulatih lain kini sengsara tanpa sumber pendapatan sejak dipecat penghujung Mac lalu.

"Daripada kami berlimat, hanya seorang (Megat Amir Faizal) berjaya mendapat kerja selepas dipecat apabil bersama FELCRA  FC sebagai jurulatih penjaga gol.

"Agak sukar untuk mendapatkan kerja kerana pasukan kebanyakan pasukan sudah mempunyai jurulatih. 

"Kami hanya mahukan hak kami yang tertulis dalam kontrak sebelum ini. Kami sudah mengemukakan dua rayuan kepada FAM memohon baki gaji, namun gagal.   

"Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah atau mungkin FIFA" katanya.

Menerusi laporan akhbar ini, Aminuddin dan empat jurulatih tempatan mempersoalkan layanan berat sebelah FAM terhadap mereka berbanding bekas ketua jurulatih B-22 Frank Bernhardt yang berjaya meraih pampasan penuh daripada FAM.

Kesemua mereka hanya menerima tiga bulan pampasan berbanding baki kontrak antara tujuh ke sembilan bulan. Hutang yang perlu dilunaskan FAM kepada mereka berlimat membabitkan jumlah sekitar RM450,000.  "Sebenarnya pemecatan saya dan rakan-rakan dari skuad B-22 juga diragui. Bayangkan kami diberi KPI(Petunjuk Prestasi Utama) mara ke final Sukan SEA di Kuala Lumpur.

"Tapi kami dipecat lebih awal dan Sukan SEA belum lagi bermula. 

Sumber : Akhbar hari ini.