RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 19 Julai 2017

'Sudah Terlambat, Kenapa Baru Sekarang FAM Buat Permohonan Tunda Aksi Liga' - Bekas Pemain Malaysia

Image result for Bakri Ibni
Kuala Lumpur: “Sudah terlambat. Sepatutnya awal-awal lagi persiapan pasukan bawah 22 tahun negara (B-22) diutamakan,” kata legenda Harimau Malaya Bakri Ibni mengenai penundaan beberapa aksi Liga Malaysia (Liga-M) awal bulan depan.
Jelasnya, segala kontroversi yang timbul sepanjang dua minggu lalu susulan kegagalan kelab melepaskan pemain berpunca daripada tindakan lewat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani isu berkenaan.
“Kenapa baru sekarang nak buat permohonan untuk menunda aksi liga kepada FMLLP (Perkongsian Liabiliti Bolasepak Malaysia Berhad (FMLLP), sedangkan ia boleh diselesaikan lebih awal.
“Tengok, apa sudah jadi dengan persiapan skuad B-22 yang bermain di Bangkok (kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23) ketika ini seperti cacamerba saja.
“Saya dapat bayangkan tidur malam Datuk Ong Kim Swee tentu tak nyenyak memikirkan masalah menimpa dan sekiranya gagal memberi keputusan memuaskan sudah pasti beliau akan dicemuh serta kesalahan dituju kepadanya.
“Padahal, jurulatih bukannya tidak bagus cuma tak dapat kumpulkan pemain terbaik sepanjang persiapan pasukan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Menerusi laporan akhbar ini Isnin lalu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meminta FMLLP supaya menangguhkan kempen Liga-M pada 2, 5, dan 9 Ogos depan bagi memberi lebih banyak masa kepada Kim Swee mempersiapkan skuad B-22 untuk menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur pertengahan bulan depan.
Ia susulan kegagalan mendapatkan kerjasama kelab dan pasukan Liga-M yang tidak melepaskan pemain mereka berikutan masalah jadual liga yang amat padat.
“Isu ini bukan saja membabitkan soal persiapan pasukan negara semata-mata, tapi juga mengenai imej pengurusan dan pentadbiran yang kemas dan cekap.
“Saya memang dari dulu mempersoalkan FAM yang tidak ubah jadual dari awal. Alangkah bagus kalau bertindak awal supaya dapat mengelak tanggapan buruk terhadap FAM,” katanya.

Sumber : HARIAN METRO