Norfarhan Muhammad atau panggilan lebih mesra dikalangan penyokong TRW dipanggil 'Ben10' dijangka disenaraikan dalam 18 pemain selepas pemain ini berehat panjang sekaligus ada peluang untuk diturunkan pada perlawanan malam ini berhadapan pasukan Bujang Senang.
Sudah semestinya, Kembalinya pemain ini beraksi di atas padang amat dinanti-nantikan para penyokong Kelantan kerana pemain ini mempunyai penyudah pembunuh dihadapan gol dan juga mempunya berjiwa besar bersama pasukan Kelantan FA.
Zahasmi Ismail dan Alfredo Gonzales dijangka mempertaruhkan 2 pemain import TRW iaitu Bako dan Celin (backup Seydi Imam jika FMLLP sekat transfer imam) mengetuai bahagian serangan pasukan Kelantan FA dan mungkin terpaksa menepikan Seydi Imam pada malam ini kerana belum ada kata putus dan jawapan baru daripada pihak FMLLP mengenai status sekatan perpindahan pemain tersebut.
Alfredo Gonzales akan tetap menurunkan Abou Bakr walaupun masih gagal menambat hati pengurus pasukan Kelantan dan mengharapkan pemain ini segera kembali menemui rentak corak permainan yang sebenar supaya dapat membantu pasukan Kelantan membenam pasukan Bujang Senang pada malam ini.

