RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 17 Julai 2017

Mengejutkan, Inilah 10 Pemain Termahal Dalam Liga Malaysia, Hanya Seorang Pemain Tempatan Tersenarai.

Inilah 10 Pemain Termahal Dalam Liga Malaysia, Hanya Seorang Pemain Tempatan Tersenarai

1- NATXO INSA

Image result for natxo insa
Pemain yang menggemparkan peminat bola sepak di Malaysia melalui keputusan beliau meninggalkan Levante yang berjaya naik ke saingan La Liga Sepanyol untuk musim 2017-2018.
Walaupun beliau mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Levante beliau nekad membuat keputusan untuk berpindah ke JDT dengan kontrak selama 2 tahun. Nilai perpindahan sebenar tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak namun menurut sumber dari El Desmarque nilai perpindahan beliau kira-kira setengah juta euro.
Walaubgaimanapun menurut Transfermarkt.com nilai sebenar pemain ini mencecah €800,000 (RM 3,918,908.94) Nilai ini meletakkan Natxo Insa sebagai pemain yang mempunyai nilai perpindahan tertinggi di Liga Malaysia.

2- GONZALO CABRERRA

Image result for GONZALO CABRERA
Gonzalo Cabrerra yang berasal dari Argentina memulakan kerjaya bola sepak bermula di Akademi Boca Junior. Beliau di bawa masuk ke JDT daripada kelab Al-Faisaly yang bermain di liga Arab Saudi.
Menurut Transfermarkt.com nilai terkini Gonzalo Cabrerra ialah €750,000 (RM 3,673,977.13) yang meletakkan beliau di tempat ke 4 senarai pemain dengan nilai pasaran tertinggi dalam Liga Malaysia. Selepas separuh musim bersama JDT Cabrerra menunjukkan kualiti permainan setanding dengan nilainya.

3- SAFIQ RAHIM

Image result for safiq rahim
Kapten yang mula bersama JDT di awal penubuhan kelab merupakan pemain tempatan yang mempunyai nilai pasaran tertinggi mengikut Transfermarkt.com. Nilai terkini beliau menurut laman web tersebut ialah €400,000 (1,959,454.47) yang menduduki tangga ke 9 dalam senarai tersebut.
Nilai ini setanding dengan anugerah-anugerah yang pernah beliau miliki terutamanya anugerah “Most Valuable Player (MVP)” dalam Piala AFC 2015.

Top 10: Nilai permindahan semasa tertinggi
untuk Liga Malaysia


Sumber  : http://semuanyajdt.com