RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

[FULL HIGHLIGHT HD] : Malaysia 2-0 Myanmar, Gol Rembatan Kencang Danial Ashraf

Video : ASTRO ARENA

KUALA LUMPUR 13 Julai – Malaysia mendapat suntikan semangat untuk mengharungi kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Bangkok minggu depan dan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) Ogos ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad B-22 Myanmar dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, skuad B-22 negara berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-26 menerusi tandukan N. Thanabalan selepas pemain Felcra FC itu pantas menyambar bola hasil sepakan sudut Muhd Syazwan Andik Mohd. Ishak.

Gol kedua minit ke-86 menerusi rembatan kencang Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-86 selepas tandukan Thanabalan hasil hantaran lintang Nur Shamie Iszuan Amin terlebih dahulu berjaya diselamatkan penjaga gol Myanmar, Phone Thitsar Min.

Sumber: © Utusan Melayu / Utusan(M) Bhd