RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 19 Julai 2017

Firasat Annuar Musa Kelantan akan bermain Liga Perdana Musim Depan

Kuala Lumpur: Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa (gambar) terpaksa mengaku kalah dan percaya pasukannya tidak akan berjaya melangkah jauh dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini walaupun persaingan peringkat kumpulan baru memasuki aksi ketiga.
Malah, beliau meramalkan The Red Warriors bakal tersingkir ke Liga Perdana musim 2018 sama ada disebabkan menduduki kelompok terbawah ataupun ‘dipaksa’.
Annuar yang ditemui Arena Metro kelmarin berkata, situasi yang sedang melanda KAFA ketika ini menyebabkan beliau hilang keyakinan ke atas kemampuan Kelantan untuk terus bersaing.
“Saya tidak berniat memperkecilkan usaha pengurusan dan pemain atau mahu melemahkan semangat mereka. Namun, inilah realiti bola sepak Kelantan sekarang yang perlu ditelan walaupun pahit.
“Tekanan yang kami terima daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) melalui FMLLP (Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia) membuat saya benar-benar patah semangat dan putus harapan,” kata Annuar.
Beliau berkata, sekatan FMLLP ke atas KAFA untuk mendaftar pemain import baru, Seydi L Imam menyebabkan Kelantan tidak dapat membentuk skuad mantap sehingga mengalami kemerosotan.
“Tujuan kami menjual (Mohammed) Ghaddar adalah untuk mencari dana membayar hutang di samping membeli pemain baru bagi menggantikan (Allesandro) Celin yang gagal menyerlah.
“Pembelian Bako (Abou Bakar Al-Mel) hanya sebagai pengganti Ghaddar bagi kuota pemain Asia, bukan untuk mengisi posisi penyerang utama. Tempat Ghaddar sepatutnya diisi Imam.
“Tapi, dengan sekatan ini, bermakna perancangan kami musnah, sekali gus menyebabkan pasukan menjadi lemah serta tidak mampu memberi cabaran,” ujarnya.
Menurut Annuar, kekalahan kepada pasukan yang dianggap sederhana seperti T-Team dan Melaka United membuktikan Kelantan sedang melalui zaman gelap.
“Kelantan tidak akan pergi jauh dalam Piala Malaysia dan Liga Super walaupun masih banyak perlawanan perlu diharungi.
“Kalau dengan Melaka dan T-Team pun kalah, adakah anda masih yakin mereka akan menang ke atas pasukan seperti Johor Darul Ta’zim, Kedah, FELDA (United) dan Selangor?
“Saya mempunyai firasat Kelantan akan bermain dalam Liga Perdana musim depan. Kalaupun kami tidak jatuh secara merit, ada tangan yang akan menyingkirkan kami dari Liga Super kerana mereka sudah pun membayangkannya,” kata Annuar.

Sumber : Harian METRO | Rodly Fadly