RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 18 Julai 2017

Eric Luahkan Keperitan Bersama Melaka, Ambil Amri Satu Kesilapan Terbesar, Pemain Tempatan Malas Gaji Mahal


Eric William Menceritakan Kisah Hidup Perit Bersama Melaka, Anggap Ambil Amri Satu Kesilapan Terbesar, Pemain Tempatan Malas Gaji Mahal
Bekas jurulatih Melaka United, Eric Williams telah membuka mulut kepada Four Four Two mengenai sekuel peristiwa yang berlaku dalam kem Melaka United sehingga menyebabkannya kehilangan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan tersebut.
Jurulatih yang berasal dari England dan memegang passport Australia itu percaya bahawa dia menjadi mangsa keadaan sepanjang enam bulan bersama pasukan yang hebat dan teragung tersebut.
Dalam temuramah tersebut Eric bagaikan melepaskan geram yang terbuku di hatinya setelah sekian lama, selain melabel pemain tempatan adalah pemalas, walaupun bergaji mahal. Dia juga mempersoalkan ejen pemain untuk pasukan Melaka yang sering memberikan pemain yang biasa-biasa sahaja.
Eric juga turut mendakwa pengurus pasukan yang juga Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi adalah seorang yang tidak tegas dan mudah terpengaruh dengan orang sekeliling, termasuklah ejen bola sepak yang tamak haloba.
Bagi Williams, Melaka adalah kenangan terburuk sepanjang karier kejurulatihannya yang mencecah 29 tahun. Sebelum ini, Williams pernah berkhidmat di Maldives, Indonesia, Australia dan Myanmar.
Berikut adalah terjemahan terus dari Four Four Two mengenai apa yang diluahkan oleh Williams.

Ketibaan Di Melaka

“Segalanya bermula sebelum aku tiba di Melaka pada 14 November, tahun lepas. Aku sudah beritahu ejen aku, Syed Sammat, mengenai jenis pemain yang aku nak dan boleh bermain dalam formasi yang aku suka. Aku beri peringatan kat dia jangan tandatangan pemain sebelum aku tiba di Malaysia.
“Tapi si Syed yang juga merupakan ejen kepada kelab ini sejak 2016, telah menandatangani pemain asing dan lapan pemain tempatan yang mana hanya seorang sahaja yang ada pengalaman Liga Super Malaysia.
“Dia buat semua tu dengan bantuan pengarah teknikal pasukan, Richard Sinapan. Aku tiada kuasa langsung dalam urusan mengambil pemain ni.
“Pada hari pertama latihan pada 21 November, aku hanya ada 11 pemain senior dan lima pemain piala presiden ketika latihan.

Perihal Pengambilan Pemain Import

“Penyerang Palestine kelahiran Chile, Yashi Pinto (anggota skuad Melaka yang memenangi Liga Perdana Malaysia) telah dilepaskan tanpa sebab yang diketahui. Sampai hari ini masih lagi misteri kenapa dia dilepaskan.
“Omid Nazari dari Iran pula diambil oleh ejen sebelum aku sampai. Dia akhirnya diganti dengan Jeon Woo Young dari Korea Selatan yang merupakan seorang pemain yang bagus. Woo Young ni pilihan aku.
“Seorang lagi pemain import yang diambil ialah dari Argentina, Sergio Aguero. Ni sorang lagi cerita gagal. Ejen cakap Aguero ni mesin menjaringkan gol yang boleh bermain di bahagian serangan dan tengah. Pemain inilah yang menggantikan Pinto.

Penamatan Kontrak

“Pada 2 Jun, kontrak aku ditamatkan. Alasannya…sekumpulan pemain berjumpa Yusoff pada bulan sebelumnya dan menyuarakan rasa tak puas hati mengenai cara latihan aku.
“Diorang cakap latihan aku ni terlalu keras…kira diorang tak suka intensiti sesi latihan aku.
“Sejujurnya, memang susah nak kerja dengan pemain-pemain ni. Diorang akan minta cuti tanpa rekod dan tak minat langsung untuk melakukan sesi latihan berganda.
“Diorang tak suka latihan sesi pagi dan selalu bawa MC untuk tutup penipuan diorang.
“Diorang ingat aku cabar komitmen dan kepintaran diorang.
“Para pemain ni tidak ada cita-cita atau kemahuan untuk menjadi lebih baik dalam sukan. Apa yang diorang minat ialah dapat gaji, tapi tak minat untuk sesuaikan diri dengan cara latihan yang baru.
“(Dalam hal ini) aku salahkan ejen (Syed Sammat) dan pengarah teknikal (Richard Sinapan) kerana mengambil pemain yang tiada pengalaman dari pasukan bawahan.

Sasaran Yang Mengarut

“Kekurangan keupayaan ditambah pula dengan pemain tempatan dan import yang tidak berkualiti telah menyumbang kepada keputusan yang hawau.
“Sasaran MUSA sangatlah tidak munasabah. Persatuan tersebut mahukan pasukan memenangi sekurang-kurangya satu trofi dan menamatkan liga di tangga kelima. Sasaran aku ialah 10 teratas dengan rancangan untuk membina pasukan untuk 2018.
“Masa aku sampai dulu, Yusoff cakap dia nak aku kekal di sini sekurang-kurangnya untuk dua musim untuk membantu membina Melaka. Dia juga cakap tak adil kalau nak menilai aku selepas satu musim memandangkan pemain sekarang ni bukan aku yang pilih.
“Tapi Yusoff juga ada mengingatkan aku yang apapun terjadi aku akan bertanggungjawab di atas prestasi lemah pasukan.

Kekalahan 7-0 Di Tangan Harimau Selatan

“Para pemain mempamerkan komitmen yang rendah dan tak ikut plan permainan walaupun berjam-jam menghabiskan masa menganalisis perlawanan terdahulu pasukan JDT dalam sesi video.
“Aku percaya ada sesetengah pemain sudah hilang minat (untuk bermain) memandangkan diorang dah tahu diorang akan digugurkan apabila jendela perpindahan pertengahan musim dibuka.
“Tetapi selepas kekalahan teruk tersebut, pasukan telah menunjukan sedikit peningkatan dan berjaya seri tiga perlawanan berikutnya termasuk 1-1 menentang JDT di Stadium Hang Jebat pada 6 May.
“Keputusan seri tersebut membuktikan bahawa para pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan aku punya strategi dan nilai positif ini akan dibawa ke perlawanan-perlawanan berikutnya.
“Walaubagaimanapun, pasukan perlu memperbaiki kelemahan pertahanan untuk memenangi perlawanan. Tetapi tiba-tiba sesetengah pemain telah menemui pihk pengurusan dan mengeluh mengenai starategi aku dan juga sesi latihan yang keras.
“Bukan satu tu je isunya, aku juga diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa pengarah teknikal(Richard Sinapan) perlu hadir bila mana aku menyentuh hal teknikal bersama pasukan. Memang tak patut lah lagipun dia tidak ada pengalaman dalam Liga Super Malaysia.
“Aku akhirnya direhatkan pada 22 Mei dan Melaka tewas 0-3 di tangan Melaka dua hari kemudian di bawah kendalian jurulatih sementara(G. Selvamohan).

Apa Yang Diketahui Selepas Direhatkan

“Selepas aku direhatkan, Yusoff cakap kat aku yang aku akan dipanggil semula untuk mengendalikan pasukan jika Melaka tewas kepada Felda. Diorang kalah 0-3.
“Kemudian aku jumpa Yusoff pada 1 Jun. Kami berbincang mengenai beberapa perkara termasuk pemain baru, import dan tempatan.
“Yusoff cakap dia akan dapatkan sekurang-kurangnya lima pemain baru ketika jendela perpindahan tengah musim dan buang pemain yang lawan aku.
“Yusoff kemudian beritahu aku untuk bertemu dengan dia keesokan harinya memandangkan dia ada nak bercakap dengan pemain mengenai jawatan aku.
“Aku pun berkongsilah rancangan aku untuk separuh kedua musim. Tapi keesokan harinya kontrak aku ditamatkan kerana respon yang negatif daripada sekumpulan pemain.

Amri Yahyah

“Pengambilan kapten kebangsaan Amri Yahyah oleh Melaka ketika awal musim adalah satu kesilapan terbesar. Amri dan penyerang Montenegro ilija Spasojevic sebenarnya ada konflik. Amri kemudian mencipta jurang di kalangan pemain tempatan dan import dengan mengatakan bahawa pemain asing tidak cukup bagus.
“Hal ini menyebabkan bermulanya pecah belah dalam kerjasama dan semangat berpasukan. Amri tak akan bagi bola kepada Spasojevic walaupun penyerang tersebut berada dalam keadaan yang baik untuk jaringkan gol.
“Yusoff lepas tu minta maaf kat aku sebab ambil Amri. Pemain ni tak memberi inspirasi langsung, apa lagi beraksi seperti yang diharapkan.

Masalah Dengan Ejen Pasukan

“Pada waktu aku sedang merancang untuk menggantikan pemain yang tak cemerlang pada jendela perpindahan tengah musim, ejen, Syed Sammat tuduh aku macam-maca. Dia rasa dia akan hilang komisen.
“Sejak detik itu, Syed mula merancang untuk menyingkirkan aku dengan mencadangkan jurulatih lain sebagai pengganti kepada MUSA
“Dia marah bila aku tak ambil pemain asing daripada agensi miliknya. Aku buat macam tu sebab pemain yang dia bagi tu tak basu.
“Lagipun dia memang naikkan harga pemain dia. Dia caj lebih kepada MUSA dan mendapat duit dengan mencadangkan pemain yang biasa-biasa.
“MUSA kemudiannya membawa pertahanan Macedonia, Jesmin Mercinovic dan pemain perancang Brazil, Filipe Souza. Penyerang Flavio Carvalho, juga dari Brazil, sepatutnya sertai MUSA tapi tak jadi sebab diorang ada masalah duit.
“Aku pula memang sasarkan Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan tida pemain dari JDT II, Azniee Taib, Fandi Othman dan Nicholas Swirad juga boleh didapati masa tu.
“Tapi, MUSA tak mampu nak bayar pampasan Nik Shahrul kepada Kelantan. Kami juga uji Jordan Yong tapi tak menjadi.

Kisah Surat Tamat Kontrak

“Pada 16 Jun, aku dipanggil ke pejabat MUSA. Diorang bagi aku dua pilihan, sama ada terima tiga bulan gaji sebagai pampasan tamat kontrak atau aku jadi jurulatih pasukan Piala Presiden(Bawah 21 tahun).
“Aku tolak dua-dua pilihan. Pada 30 Jun, dua orang MUSA datang jumpa aku dengan surat tamat kontrak yang baru di mana aku baca dan setuju tapi aku tak tandatangan memandangkan pampasan aku akan dimasukkan ke akaun bank aku.
“Aku cakap tiada duit, tiada tandatangan. Pada 3 Julai aku diminta berjumpa orang MUSA sekali lagi dan akhirnya aku setuju tandatangan surat tamat kontrak tersebut.
“Aku terpaksa buat macam tu sebab aku ada keluarga dan anak-anak yang perlu mendaftar di sekolah baru di luar Malaysia. Aku tak mampu nak lawan untuk pampasan yang lebih baik.

Masalah Selepas Tamat Kontrak

“Tapi ada masalah lain pula. Ejen masih tidak ambil semula passport keluarga kami daripada jabatan imigresen. Passport kami ada bersama ejen untuk permohonan visa.
“Akhirnya keluarga kami dipanggil ke jabatan imigresen pada 13 Julai. Pembantu ejen (Mohd Kamalzhani) merayu aku bagi dia RM2000 untuk membantu pemprosesan dokumen untuk visa.
“Tiga jam kemudian kami dapat kembali passport kami tapi isteri aku diberitahu dia disenaraihitamkan dan tidak boleh masuk ke Malaysia sehingga 2022.
“Ini kerana ejen tak buat kerja untuk proses visanya.

Selamat Tinggal Malaysia

“Sekarang ini aku di Indonesia dan akan ke Perth tak lama lagi. Aku tak pasti lagi apa perancangan masa depan aku sekarang ni.
“Aku mungkin akan ke Melbourne di mana salah seorang daripada anak aku (Aryn Williams) sedang bermain di A-League. Aku akan buat sesuatu di sana untuk sementara waktu.
“Kredibiliti dan integriti aku dicabar di Melaka. Aku harap cerita aku ni akan jadi pengajaran yang berguna kepada jurulatih secara umumnya.”

Respon Penulis

Masalah jurulatih tidak mempunyai suara dalam memilih pemain adalah satu perkara biasa di Malaysia. Sebenarnya bola sepak di Malaysia bukanlah milik penyokong, tetapi milik sesetengah individu dalam persatuan dan puncanya ialah duit.
Pemain tempatan pula memang dalam keadaan yang sangat selesa dengan kadar gaji pada hari ini. Bayangkan lari tak tentu hala di atas padang dapat gaji berpuluh ribu sebulan, dan inilah yang menyebabkan sebahagian daripada mereka ini naik lemak dan tidak mempunyai hasrat untuk beraksi di liga luar negara untuk menambah baik kualiti permainan.
Harapan untuk melihat bola sepak Malaysia bangkit dalam masa terdekat ni memang bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Secara umumnya, orang kita memang suka sembah pemimpin, dan kita kena tunggu generasi sembah pemimpin pada hari ini lenyap daripada muka bumi Malaysia nanti barulah kita akan melangkah maju.
Sumber : Fourfourtwo
Kredit Translate Dari : The Sukan