RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 22 Jun 2017

Seydi Imam Menjaringkan Gol Lagi


Gol Jaringan Seydi Imam membantu Kelantan FA berjaya menumpaskan Terengganu FA 1-0 pada aksi perlawanan persahabatan bulan Ramadhan di Stadium Sultan Nasarudin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Perlawanan malam tadi merupakan perlawanan persahabatan kedua dan terakhir buat pasukan Kelantan di bulan Ramadhan kerana bakal menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Walaupun pasukan Kelantan mempunyai masalah kiri kanan depan belakang antaranya FMLLP menyekat Seydi Imam didaftarkan secara sah bersama pasukan Kelantan, tetapi pemain ini tetap bersemangat menampilkan persembahan terbaik sepanjang 2 perlawanan persahabatan bersama pasukan Kelantan sebelum ini berjaya menghasilkan gol ketika menentang MPKB Bri FC.

Seydi Imam diturunkan sebagai pemain simpanan malam ini pada minit 63 menentang pasukan Terengganu namun ia tidak menghalang pemain ini untuk terus merobek pintu gol gawang lawan malam ini menerusi tendangan penalti pada minit ke 80 sekaligus Terengganu terpaksa berputih mata di hadapan penyokong sendiri.

Setakat ini, Seydi berjaya menghasilkan 2 Gol dan 2 Aksi Perlawanan persahabatan malah pemain ini sudah mendapat gelaran dari penyokong Kelantan iaitu jelmaan Dickson Nwakaeme kerana mempunyai tubuh fizikal kuat yang mampu melindungi bola dari dicuri pihak lawan dan juga mempunyai larian yang laju walaupun bertubuh besar.

Image may contain: 1 person, smiling, playing a sport and text

Semoga KAFA berjaya membuat rayuan sekali lagi untuk mendaftarkan Seydi Imam ke pasukan Kelantan sebelum perlawanan sebenar akan bermula selepas hari raya.

Image may contain: 2 people, people playing sports, stadium and outdoor

Gambar Kredit : TRWFC