RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 16 Jun 2017

Perlawanan Persahabatan Pertama Kelantan FA Di Bulan Ramadhan


Malam ini, Perlawanan Persahabatan Pertama Di Bulan Ramadahan buat Pasukan Kelantan FA dan akan berhadapan pasukan Liga FAM, MPKB BRI Ubes FC di Padang Perdana pukul 10 malam, Perlawanan ini bertujuan untuk mengekalkan kecergasan dan keserasian para pemain.

Walaupun persiapan pasukan Kelantan FA pada mulanya sedikit terganggu kerana tiada tempat latihan yang sesuai pada waktu malam selepas tidak dibenarkan menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV kerana ada event melibatkan bulan Ramadhan.

Namun, pasukan Kelantan tetap gigih mencari penyelesaian mencari tempat latihan lain yang sesuai untuk mengekalkan tahap kecergasan para pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya pada bulan julai antara bulan yang penuh pancaroba kerana mempunyai 9 perlawanan dalam bulan Julai.

Dikhabarkan Menurut TRWFC, Kelantan akan menurunkan kesemua empat pemain import termasuk Abou Bakr Al-Mel kembali menyertai skuad pasukan Kelantan dan juga pemain import kontroversi iaitu Seydi Imam juga turut bakal diturunkan menguatkan pasukan Kelantan menentang MPKB FC malam ini