RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 26 Jun 2017

Berita Penyokong TRW Kena Tahu, Persiapan Sebelum Perlawanan Liga Super Kelantan Berhadapan Sarawak


Berita Penyokong Kelantan Kena Tahu, Persiapan Sebelum Perlawanan Liga Super Kelantan Berhadapan Sarawak


1. Kelantan FA boleh guna semula Stadium Sultan Muhammad ke IV sebagai tempat latihan selepas tamat Majlis dan Aktiviti Bulan Ramadhan diadakan di perkarangan Stadium.

2. Merujuk halaman Facebook HarimauMalaya mengesahkan Siaran Langsung ada melibatkan Kelantan vs Sarawak di TV3 esok!

3. Kaunter jualan tiket di SSMIV akan mula dibuka mulai jam 10 pagi esok Merujuk Kelab Scoreboard SSMIV

4. Skuad Sarawak dijadualkan tiba di Kota Bharu hari ini dengan kehadiran barisan terkuat yang bebas dari kecederaan Merujuk Kelab Scoreboard SSMIV

5. Kita imbas kembali, Persiapan Sepanjang Ramadhan sedikit terjejas sebab lari dari perancangan selepas tiada tempat latihan sesuai dan juga pemain yang bercuti & dapat panggilan skuad kebangsaan B22, Alfredo Gonzales sendiri mengakui 2 perlawanan persahabatan di bulan Ramadhan memang tidak mencukupi namun beliau tidak mahu meratapi kegagalan perancangan tersebut dan mahu meneruskan membantu Kelantan

6. Skuad Kelantan FA akan menyambung sesi LATIHAN petang ini sebagai persiapan terakhir untuk aksi Liga Super bertemu Sarawak malam esok. Merujuk Kelab Scoreboard SSMIV

7. Jadual Perlawanan sangat padat dalam Bulan Julai! sekaligus memberi kesan buruk kepada pasukan yang akan menerima risiko pemain utama menerima kecederaan teruk seperti Brendan Gan! Popov pernah menyelar jadual Liga Malaysia adalah paling gila no.1 pernah dia lalui ketika mengendali pasukan Kelantan 2016. Harap-harap dapat harungi bulan Julai ini dengan tanpa sebarang kecederaan.

8. Kemampuan Sarawak tak boleh diperkecilkan kerana kali terakhir Kelantan FA bertemu Sarawak iaitu pada 26 April 2017 di Stadium Kuching ketika saingan Liga Super 2017, dimana perlawanan tersebut Pasukan Tuan Rumah Sarawak menguasai perlawanan dengan pelbagai asakan serangan bertali arus namun kita hanya mampu berpuas hati dengan keputusan berakhir 0-0.

9. Alfredo mengakui Seydi begitu penting dalam perancangannya namun bersedia dengan plan B sekiranya penyerang itu masih gagal didaftarkan menjelang pertemuan dengan Sarawak.  Merujuk Kelab Scoreboard SSMIV

10. Alessandro Celin masih bersama pasukan Kelantan selagi FMLLP tidak meluluskan pendaftaran Seydi Imam ke Pasukan Kelantan, Merujuk kepada Tan Sri Annuar Musa, Jika FMLLP mengekalkan sekatan perpindahan Seydi Imam, Kelantan terpaksa menampung gaji Celin dan juga Seydi Imam sekaligus memberi impak buruk kepada pasukan Kelantan.

11. Prestasi pemain import Kelantan, Abou Bakr boleh dikatakan masih belum menemui corak permainan beliau sebenar walaupun bermain agak cemerlang ketika mengharungi 2 perlawanan persahabatan di bulan ramadhan kerana beliau diletakkan peranan dan posisi berbeza jika dibandingkan bekas kelab lama beliau, Semoga Coach dan Manager cepat-cepat cari jalan penyelesaian menggunakan kelebihan yang ada pada Bako dengan sebaik mungkin.

12. Gaji Pemain TRW 2017 sudah diselesaikan 100% dan sudah masuk sebelum Hari Raya lagi, Info khas kepada penyokong bolasepak Malaysia yang ingin mengetahui perkembangan bolasepak Kelantan.