RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 23 Jun 2017

Alfredo Akui Dua Perlawanan Tidak Cukup dan Puji Aksi Imam 'Kuat' Dan 'Sedikit Kelakar'


Pengurus Kelantan yang baharu dilantik, Alfredo Gonzales, mengakui dua perlawanan pemanas badan yang telah dan akan dihadapi oleh The Red Warriors (TRW) memang tidak mencukupi untuk menguji persefahaman pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan dibuka semula selepas berehat hampir sebulan, 1 Julai depan.

“Semua orang tahu dengan hanya dua perlawanan sahaja memang tidak cukup untuk menguji prestasi pemain dan taktikal pasukan.

"Apa boleh buat! Itu sahaja yang kami ada dan sebagai seorang pengurus, saya tidak akan menangis meratapi keadaan ini, sebaliknya terus memberi motivasi kepada pemain untuk berjuang dalam apa keadaan sekalipun.

“Adalah kurang menarik kalau kita bercakap tentang kelemahan ini kerana kalau kita sentiasa mengulangi segala tindakan negatif, pasti akan menjejaskan prestasi pasukan.


"Sekarang adalah masa untuk berjuang,” katanya kepada media 

Ditanya mengenai prestasi calon penyerang import baharu yang belum dapat didaftarkan, Seydi L’Imam, Gonzalez memuji corak permainan penyerang kelahiran Perancis itu yang menjaringkan gol pertama perlawanan.

“Sebagaimana yang awak (lihat), L’Imam cukup laju, kuat, bijak menyempurnakan peluang terhidang dan agak kelakar di atas padang.


“Dia mampu memberikan apa yang pasukan perlukan dalam setiap permainan. Paling penting, dia sudah menjadi sebahagian daripada kami,” katanya. 

Dalam saingan di Padang Perdana, Kota Bharu itu, skuad kendalian Zahasmi Ismail memulakan asakan dan berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan melalui penyerang import, L’Imam, pada minit ke-14.

Selang seminit, Kelantan terus menyerang dan mendapat gol kedua melalui sepakan penyerang import, Abou Bakr Al-Mel.

Pemain kelahiran Kedah, Hattaphon Bun An menjadikan kedudukan 3-0 apabila sepakan kencangnya dalam kawasan kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol MPKB BRI- UBeS FC, Mohd Farmie Hussin.

Dalam separuh masa kedua, Abou Bakr atau Bako terus melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua peribadi melalui sepakan percuma yang cantik pada minit ke-61 menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Shahruddin Ismail.

TRW terus mengganas apabila penyerang muda Piala Presiden, Nik Azli Nik Alias menjaringkan gol kelima Kelantan menerusi rembatan kencang pada minit ke-89.

Manakala keputusan perlawanan persahabatan kedua iaitu menentang Terengganu, Sekali lagi Gol Jaringan Seydi Imam membantu Kelantan FA berjaya menumpaskan Terengganu FA 1-0 pada aksi perlawanan persahabatan bulan Ramadhan di Stadium Sultan Nasarudin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.


Perlawanan tersebut merupakan perlawanan persahabatan kedua dan terakhir buat pasukan Kelantan di bulan Ramadhan kerana bakal menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.

Walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan, namun bagi Terengganu tidak sama sekali, mereka memberikan aksi-aksi bertenaga dan juga terjahan yang keras dimana Bako menjadi mangsa terjahan pemain Terengganu. 

Seydi Imam diturunkan sebagai pemain simpanan malam ini pada minit 63 menentang pasukan Terengganu namun ia tidak menghalang pemain ini untuk terus merobek pintu gol gawang lawan malam ini menerusi tendangan penalti pada minit ke 80 sekaligus Terengganu terpaksa berputih mata di hadapan penyokong sendiri.


Sumber : STADIUM ASTRO