RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 1 Mei 2017

Zahasmi sedia kerjasama dengan Gonzales


KOTA BHARU: Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail sedia bekerjasama dengan Pengarah Teknikal baharu Alfredo Carlos Gonzales demi kemajuan skuad The Red Warriors (TRW).

Bagaimanapun, Zahasmi berkata dia masih belum mengetahui skop pekerjaan sebenar Gonzales yang dilantik semalam oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). 

"Saya berterima kasih kerana Tan Sri Annuar Musa mengambil langkah yang baik untuk pasukan dengan membawa masuk khidmat jurulatih dari luar negara dan ia keputusan yang perlu dilakukan pasukan ketika ini.

 "Kelantan bermula dengan serba sederhana pada awal musim ini dan perubahan terpaksa berlaku bila-bila masa saja. Jadi kita perlu memberi peluang kepada khidmat jurulatih luar untuk lakukan perubahan secara berkesan. 

"Namun, kerjasama itu, saya belum mengetahui skop kerja yang akan dibuatnya, dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)," katanya. 

Semalam KAFA membawa masuk dua tenaga import untuk memperkukuhkan kedudukan TRW bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Dalam perkembangan sama, Zahasmi berkata, pemain import kelahiran Gambia, Sanna Nyassi dibawa untuk menggantikan Alessandro Celin yang terpaksa diketepikan akibat masalah kecederaan.

Sumber   : Berita HARIAN