Pemain import baharu yang mahu didaftarkan pasukan The Red Warriors (TRW), Sanna Nyassi, bakal diturunkan pada perlawanan amal menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada 13 Mei ini.
"Sanna Nyassi atau gelaran jolokan 'Rapid Nyassi' kerana kelajuannya akan beraksi pada 13 Mei ini menentang PKNS di Stadium Shah Alam.
"Perlawanan berstatus 'Charity Match' itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam," katanya.
Nyassi, 28, dibawa masuk oleh penaja utama pasukan, Al Hamra Group, bagi menggantikan Alessandro Celin yang mengalami kecederaan jangka panjang.
Penyerang kelahiran Gambia itu pernah menyarung jersi kelab Liga Bola sepak Amerika Syarikat (MLS), San Jose Earthquakes dengan 28 penampilan.
Video Gol - Aksi Hebat Calon Pemain Import Baru Sanna Nyassi