RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 7 Mei 2017

Ulasan Penuh Perlawanan : Ghaddar lebur rekod kebal Pahang tanpa kalah di Stadium Makmur!


KEKEBALAN Stadium Darul Makmur akhirnya lebur di tangan The Red Warriors (TRW) selepas Pahang terpaksa berputih mata dengan kekalahan tipis 2-3 di tangan lawan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Penyerang import TRW Mohamad Ghaddar menjadi watak penting kejayaan pasukan itu dengan dua gol(m-72,78) dalam perlawanan tersebut.

PEMAIN Pahang, Mohamadou Sumareh dihalang oleh dua pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super di St
Dollah Salleh hanya melakukan satu pertukaran dari perlawanan menentang Negeri Sembilan sebelum ini iaitu memasukkan kembali Wan Zaharulnizam manakala Christie Jayaseelan terkeluar dari senarai 18 pemain dan kembalinya Sumareh dari penggantungan.

Awal minit permainan menyaksikan TRW nyaris mencemaskan gawang tuan rumah namun cubaan penyerang importnya Mohamad Ghaddar terlebih dulu ofsaid pada m-3.


Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium and outdoor
Selang dua minit giliran pemain tengah Pahang Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mendapat peluang namun cubaannya tersasar.


Wan Zaharulnizam sekali lagi melakukan cubaan namun tendangannya tinggi melepasi gawang pelawat.

Pahang lebih banyak melakukan serangan dengan Kelantan sekali sekala melakukan serangan balas melalui rangkaian penyerang mereka yang diketuai oleh Mohamed Ghaddar.

Kelantan bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Ghaddar melakukan hantaran menarik untuk Alessandro Padovani yang melakukan lipatan gunting untuk mudah menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh minit ke 17


Image may contain: 2 people, people playing sports, shoes and outdoor
Jentera tuan rumah segera mengatur gerakan namun penyudah tumpul menghalang hajat Pahang mendapatkan gol penyamaan.


Babak pertama berakhir dengan pelawat mendahului satu gol ke atas tuan rumah dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.



Bermula separuh masa kedua, tuan rumah mendapatkan sepakan percuma tetapi gol tertampan ke benteng pertahanan lawan, Pahang menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun pertahanan Kelantan yang diketuai Mohamadou Daiso kental bertahan.

Wan Zaharulnizam sekali lagi mendapat peluang keemasan namun rembatannya tinggi melepasi palang lawan pada m-49.


Image may contain: 3 people, people playing sports, stadium and outdoor
Skuad kendalian Dollah Salleh menguasai permainan namun kekentalan pertahanan lawan memastikan gawang mereka kebal.


Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Kecekapan penjaga gol lawan Mohamad Ramdhan Ab Hamid juga menjadi faktor selepas beberapa kali menyelamatkan bola antaranya cubaaan pemain gantian Joseph Kallang Tie (m-65) dan Wan Zaharulnizam pada m-68.



Rekod tanpa kalah Tok Gajah di laman sendiri lebur
Usaha Pahang akhirnya berjaya apabila Matheus Alves menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke 69' setelah menerima satu hantaran cantik dari Sumareh yang membawa bola dari tengah padang.

Image may contain: 2 people, people playing sports, outdoor and text
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama kerana Mohammad Ghaddar menghukum kesilapan Jaewon yang gagal melakukan hantaran sempurna kepada rakan sepasukan untuk mudah Kelantan sekali lagi mendahului pasukan tuan rumah.

Image may contain: 4 people, people playing sports, people standing and outdoor

Penyokong tuan rumah kembali gamat apabila Alves sekali lagi menewaskan Ramdhan pada minit ke 78' setelah menerima hantaran dari pemain gantian Bright Dike setelah berlaku suasana kelam kabut di hadapan gol Kelantan.

Image may contain: 2 people, text
Tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila sekali lagi Ghaddar menewaskan Azraie seminit kemudian setelah mencuri bola dari kawalan Kiko untuk gol ketiga pelawat sekaligus gol kemenangan Kelantan pada malam ini.

Image may contain: one or more people and outdoor
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Nagor Amir Noor Mohamed sekali gus menyaksikan kekalahan pertama Pahang di halaman sendiri.

Kekalahan ini meletakkan Pahang masih berada di tempat kedua di belakang Johor DT dengan jurang 6 mata setelah pasukan dari selatan tanah air itu yang seri di 1-1 Paya Rumput menentang Melaka United.

Video : Pahang FA 2-3 Kelantan FA

Sumber : Berita Harian & Sinar Harian
Gambar : Utusan  & TRWFC