RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 5 Mei 2017

Penjelasan Melaka mengenai tuntutan bekas pemain import dan mahu mengambil tindakan undang-undang keatas pemain tersebut


BEKAS pemain import Melaka United (MU), Labinot Harbuzi. - Foto Rasil Azli Samad 

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang bekas pemain import Melaka United (MU) tahun lalu yang didakwa menjatuhkan imej persatuan itu. 

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, tindakan Labinot Harbuzi jelas bertentangan dengan persetujuan hasil perbincangan bersama yang diadakan sebelum ini. 

"Sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan gaji pemain itu yang tidak dibayar atau tertunggak berikutan MU sudah menyelesaikan semua baki sepanjang bersama pasukan ini musim lalu. 

"MU juga memiliki rekod pembayaran yang baik terhadap semua pemain, termasuk tenaga import yang beraksi bersama skuad pada musim 2016 dan musim ini," katanya kepada BH mengulas isu membabitkan Harbuzi itu. 

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata isu sebenar membabitkan Harbuzi adalah bagi pembayaran bonus kemenangan selama lima bulan kepada pemain terbabit. 

Katanya, ia dibayar secara ansuran sebanyak lima kali dan dipersetujui pemain itu sebelum ini. 

"Setakat ini, kami sudah melunaskan tiga bulan bonus dengan baki hanya dua bulan. 

Kami boleh membayar baki yang ada tapi kami mengikut perjanjian asal. "Namun luahan pemain itu di akaun Facebook miliknya mendapat reaksi beberapa pihak yang membesarkan isu berkenaan amat mengecewakan," katanya. 

Mohd Yusoff berkata, MUSA akan mendapat khidmat nasihat peguam berkaitan dakwaan kurang tepat sehingga mencetuskan persepsi negatif berkenaan.

Sumber : BERITA HARIAN