RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 15 Mei 2017

Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul


MELAKA: Melaka United (MU) membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim atau Pok Nik ketika jendela perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka, bermula hari ini. 

Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan mereka ada membuat permohonan mendapatkan khidmat Pok Nik menerusi surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan mendapat maklum balas positif daripada pemain berkenaan. 

Selepas surat permohonan itu dihantar kepada KAFA, mereka mendapat maklum balas menerusi panggilan telefon menjelaskan Nik Shahrul masih memiliki kontrak sehingga 2018 dan MU mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niat berkenaan. 

"Berlandaskan kontraknya yang masih panjang, kami tidak mahu mengganggu pemain terbabit, selain boleh menjejaskan kekuatan pasukan berkenaan.

 "Mungkin jodoh Nik Shahrul bersama MU belum ada, namun tidak menolak kemungkinan dia akan bersama pasukan Sang Kancil pada masa depan," katanya.

 Sebelum ini, pelbagai spekulasi perpindahan pemain itu ke MU tersiar di media sehingga mencetuskan kebimbangan peminat setia The Red Warriors bakal kehilangan pemain berbakat mereka. Bahkan katanya, KAFA juga tidak menyuarakan tebus kontrak jika dia dilepaskan dan pengurusan juga tidak mengadakan perbincangan lanjut mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar. 

Sehubungan itu, bagi menghormati kontrak yang dimiliki pemain itu, MU mengambil keputusan melupakan khidmatnya untuk bersama skuad bimbingan jurulatih, Eric Williams.

Sumber  Berita Harian