RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 5 Mei 2017

Komen Badhri Radzi selepas dikenakan potong mata, Gesa rakan pasukan tidak panik!


Kota Bharu : Kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi (gambar) atau Piya menggesa rakan sepasukan supaya tidak panik sebaliknya terus mengukuhkan semangat juang masing-masing dan mencari jalan terbaik bagi mengatasi defisit gol selepas dikenakan hukuman pemotongan enam mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), baru-baru ini.

Piya berkata, hukuman pemotongan mata itu memberi impak besar terhadap The Red Warriors (TRW) namun bukan alasan untuk mereka mengangkat ‘bendera putih’ kerana perjalanan liga termasuk kempen Piala Malaysia masih belum tamat.

“Sebagai Pahlawan Merah, sisa perjuangan harus diteruskan dalam mengharungi baki pusingan kedua Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

“Segala yang berlaku itu, ada pro dan kontranya termasuk pemain serta penyokong setia TRW perlu reda terhadap hukuman terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan bertemu Pahang, malam esok.

Sumber : METRO