RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 18 Mei 2017

KAFA Tunggu Bayaran Ghaddar Dari JDT Untuk Setel Baki Gaji Pemain 2015 & 2016


KOTA BHARU: Merujuk sumber Berita Harian dan Utusan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengakui masih belum menerima bayaran perpindahan penyerang importnya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohammed Ghaddar.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima bayaran tersebut yang berjumlah RM 1.4 juta.


“Sebaik sahaja menerima bayaran itu kita akan lunaskan semua baki tunggakan gaji pemain Kelantan bagi musim 2015 dan 2016,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan pemain import baru Kelantan Abou Bakr Al-Mel atau Bako dari Labenon di sini hari ini. Merujuk Utusan

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata tindakan itu adalah pilihan pihaknya dalam menyelesaikan krisis tunggakan gaji pemain pasukan. 

"Sebahagian daripada yuran perpindahan Ghaddar akan digunakan untuk membayar gaji pemain dan itu antara pilihan kami dalam rundingan sebelum melepaskan pemain itu ke JDT. 

"Kita masih menunggu bayaran daripada JDT dan sebaik mendapatnya, kita akan bayar gaji pemain," katanya di sini, hari ini. Merujuk Berita Harian

Pegenalan penjaring terbanyak Liga Labenon itu dilakukan oleh penaja utama Kelantan Tan Sri Annuar Musa.
Bako dibawa masuk bagi menggantikan Ghaddar bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Sumber : BERITA HARIAN & UTUSAN ONLINE