RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 2 Mei 2017

KAFA didenda RM10,000 berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada penyokong mereka supaya lebih berdisiplin dan mengawal emosi.


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didenda RM10,000 berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada penyokong mereka supaya lebih berdisiplin dan mengawal emosi. 

Hukuman itu dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas kesalahan penonton membaling objek ke dalam padang ketika aksi membabitkan Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), baru-baru ini. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata pihaknya akur dengan hukuman itu dan berharap ia dijadikan pengajaran berguna untuk masa akan datang. 

"FAM mendapati penyokong Kelantan bertindak membaling botol di dalam padang akibat rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan. 

"KAFA akur dengan ketetapan FAM. Anggaplah ia sebagai pengajaran berguna agar semua pihak lebih berdisiplin serta mengawal emosi tanpa melakukan sebarang tingkah laku yang merugikan pasukan. 

"Sebelum ini, KAFA pernah didenda mencecah ratusan ribu, namun KAFA tetap bertanggungjawab menyelesaikan bayaran demi memastikan The Red Warriors (TRW) terus kekal bersaing dalam Liga Super," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Bagaimanapun, Ismail juga mahu FAM mengambil serius punca tindak balas penyokong iaitu mengenai mutu pengadilan kerana ketidakadilan dalam mengendali sesuatu perlawanan boleh menyebabkan penonton berasa tidak puas hati. 

"FAM juga harus celik mata dalam hal ini kerana penyokong mengerti dan boleh menilai setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil yang dianggap tidak adil. 

"KAFA pula melakukan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium seperti yang ditetapkan oleh FAM malah apabila berlaku sesuatu di luar kawalan janganlah terlalu cepat menyalahkan persatuan negeri saja," katanya.

Sumber : METRO