SHAH ALAM - Segelintir peniaga dikesan cuba mengaut untung berganda dengan menjual jersi disyaki tiruan sempena perlawanan akhir Piala FA.
Bagaimanapun, taktik itu dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dalam serbuan di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Penolong Pengarah KPDNKK Selangor, Ku Nadiah Ku Muni berkata, operasi dibuat kira-kira jam 2 petang.
Menurutnya, pihaknya telah memeriksa sebanyak 18 buah kedai.
"Pemeriksaan dapati beberapa kedai terbabit menjual jersi keluaran Al-Ikhsan disyaki tiruan. Susulan itu, 120 helai jersi bernilai RM8,280 telah dirampas," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada pekerja kedai terbabit untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Sumber : SINAR HARIAN