RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 15 Mei 2017

“Ghaddar tak boleh buat macam tu. Rundingan KAFA dengan JDT belum muktamad” - DATUK ISMAIL, SU KAFA

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan penyerang importnya, Mohammed Ghaddar telah sah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, perundingan antara JDT dan Kafa belum berakhir dan Mohammed Ghaddar masih milik The Red Warriors.

Beberapa jam yang lalu, Mohammed Ghaddar memuat naik status di laman Instagram miliknya yang mengesahkan telah menyertai JDT.

"Ghaddar tak boleh buat macam tu. Rundingan antara Kafa dan JDT masih belum muktamad," katanya kepada Sinar Harian.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata susulan itu, pihaknya melantik naib presiden, Datuk Nasir Hamzah, bendahari persatuan, Nik Aminalddin Nik Jaafar serta beberapa Exconya untuk menguruskan tawaran berkenaan.

“Tawaran yang diberi kepada Ghaddar sudah tentu memberi tekanan kepada kami memandangkan tawaran itu sangat tinggi," katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Ismail berkata KAFA juga berdepan tekanan mendapatkan khidmat penyerang baru dalam tempoh singkat memandangkan 'hati dan perasaan Ghaddar sudah tidak bersama Kelantan'.

"Bagaimanapun, kalau ini menjadi realiti (perpindahan Ghaddar kepada JDT), maka biarlah Kelantan juga mendapat faedah.

"Saya berharap jawatankuasa kita dapat menggunakan kebijaksanaan mereka supaya setiap rahmat melimpah menjadi milik kita," katanya kepada Metro

Ghaddar dalam Instagramnya menyifatkan ini peluang terbaik sebagai pemain bola sepak profesional dan juga untuk keluarganya.

Penyerang berbisa itu turut berterima kasih kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang banyak membantunya sebelum ini.