RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 23 April 2017

Watson Nyambek Kecewa Dengan Rancangan Komedi Yang Menghina Mendiang Bapanya

 Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek meluahkan rasa kecewa beliau dengan tindakan sebuha stesen televisyen swasta negara ini yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komdei yang disiarkan malam tadi.

Bernama melaporkan, Watson berkata dia sendiri ada menonton episod itu dan merasa tersinggung.

"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya," katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Bernama juga melaporkan, Watson turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan," tulisnya dalam Facebooknya.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

Sumber: Bernama

Kurang ajor sungguh main nama bapa orang. Korang tengok la sendiri.