RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 4 April 2017

Tan Cheng Hoe tetap mahu letak jawatan walaupun tidak dapat restu KFA



Kuala Lumpur: Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe (gambar) tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatan sekali gus menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku penolong jurulatih Harimau Malaya.
Biarpun pemergian itu seakan tidak mendapat restu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta penyokong Helang Merah, beliau berharap keputusannya itu dihormati semua pihak.
“Memang betul saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada KFA minggu lalu, ia keputusan yang berat untuk saya ambil tapi ini demi masa depan saya.
“Ia cabaran baru untuk saya dan juga peluang saya untuk meningkatkan diri sebagai jurulatih, bukan sebab duit. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera kerana saya perlu melaporkan diri minggu ini,” katanya.
Akhbar ini semalam mendedahkan Cheng Hoe, 49, sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada KFA apabila menerima tawaran untuk menjadi penolong jurulatih kepada Mario Gomez.
Cheng Hoe yang menghadiahkan kejuaraan Liga Perdana 2015 dan Piala Malaysia tahun lalu kepada Kedah masih mempunyai baki kontrak hingga hujung tahun ini.
Beliau berpendapat tiga calon iaitu penolong jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff, bekas jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang dan bekas penolong jurulatih Kedah Ramon Marcote layak untuk mengisi kekosongannya.
FAM menyatakan akan mengadakan perbincangan bersama pasukan Kedah mengenai situasi yang dihadapi oleh Cheng Hoe.
FAM juga mungkin akan mencadangkan Cheng Hoe menyelesaikan tugas beliau untuk membantu Kedah hingga berakhir kempen mereka dalam saingan Piala FA 2017 atau tugasan lain.

Sumber : METRO