Ahad, 30 April 2017

FMLLP mohon maaf dan dedahkan sebab tiada live Pahang dan N9 malam ini di NTV7




Melalui Facebook rasmi FMMLP, Football Malaysia LLP (FMLLP) memohon maaf kerana tiadanya siaran langsung bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA di antara Pahang dan Negeri Sembilan yang dijadualkan malam ini di ntv7.

Saluran NTV7 telah diberi tanggungjawab untuk siarkan siaran langsung selepas saluran lazim TV3 perlu menyiarkan separuh akhir Mentor Milenia dan TV9 pula menyiarkan satu lagi separuh akhir diantara Kedah dan Terengganu

Ini kerana Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak membenarkan siaran langsung ini dengan alasan kerja-kerja baikpulih dan ubahsuai bilik media sedang dijalankan.

FMLLP cuba memberikan yang terbaik kepada peminat bola sepak tempatan namun usaha serta rundingan bersama PBNP tidak menemui jalan penyelesaian.

Kepada peminat bolasepak Malaysia sekalian, kami pohon kemaafan.
Harap maklum.