RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 29 Mac 2017

PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menuntut Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya melaksanakan segera hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang berdepan tunggakan gaji.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail, berkata PFAM menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan badan pengendali liga itu selain turut meminta pasukan yang terbabit supaya memberi komitmen menyelesaikan masalah ini.
Katanya, sudah tiba masanya agar tindakan itu dapat dilaksanakan meskipun ia sudah lama dikemukakan namun masih tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.
"Cadangan ini dapat disifatkan sebagai mesej yang jelas betapa isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti dibasmi sepenuhnya.
"Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat pemain yang telah lama menunggu hak mereka.
"Mereka terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukkan oleh pasukan untuk menyelesaikan isu ini," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, PFAM berharap kes tertunggak itu dapat disegerakan bagi menjaga kebajikan pemain dan memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin ke atas pasukan yang ingkar dengan arahan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang disiarkan di The Star pada 29 Mac 2017, PFAM amat bersetuju dengan cadangan penolakan mata yang ingin dibuat dan berharap agar ia dilaksanakan secepat mungkin. 
Cadangan ini telah lama dikemukakan tetapi tidak dapat dilaksanakan dahulu kerana wujudnya kekangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, melihat kepada perubahan positif dan kesediaan FMLLP untuk melaksanakan cadangan ini, PFAM menyambut baik dan menggesa agar pasukan-pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji tampil memberi komitmen untuk menyelesaikan isu ini.
Bagi PFAM, sudah tiba masanya pelaksanaan potongan mata ini disegerakan sebagai langkah awal selain membawa mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti dibasmi sepenuhnya. Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat para pemain yang telah lama menunggu hak mereka dan terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukkan oleh pasukan untuk menyelesaikan isu ini. 
Pada masa yang sama juga, PFAM berharap agar kes tertunggak di FAM dapat disegerakan bagi menjaga kebajikan pemain dan juga memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin ke atas pasukan yang ingkar dengan arahan Jawatankuasa Status FAM.
Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
PFA Malaysia
Sumber : BERITA HARIAN & PFAM