ZAHASMI ISMAIL
ZAHASMI ISMAIL
Tanpa berselindung, Zahasmi mendedahkan tangisan itu merupakan simbolik kepada tekanan yang dialaminya selepas The Red Warriors (TRW) tumbang tiga kali berturut-turut pada aksi liga sebelum ini.

"Kita menang bukan sebab jadi juara, tetapi selepas tiga kali kalah bermacam-macam kritikan yang telah dilemparkan terhadap saya dan TRW.

"Hanya yang berada dalam pasukan ini sahaja tahu betapa susahnya buat saya dan barisan pemain untuk mengharungi saingan Liga Super," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada perlawanan tersebut, tonggak import Perak, Vladislav Milchev  membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 namun jaringan hatrik Muhammad Ghaddar pada minit ke-38, 83 dan 88 memadamkan impian Bos Gaurus untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

Walaupun Milchev kembali menghidupkan peluang tuan rumah dengan menjaringkan gol ke­dua pada masa kecederaan namun jaringan Indra Putra Maha­yuddin memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata berharga. - UTUSAN ONLINE