RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 29 Mac 2017

Kelantan berdepan cabaran dan lawan besar April ini

 Kelantan berdepan halangan besar April ini

Saingan bola sepak Malaysia berehat sebentar bagi memberikan laluan kepada aksi perlawanan antarabangsa dan kembali bersambung pada April.

Tugas sukar menanti Zahasmi apabila Kelatan bakal berdepan Pahang pada 8 April dan tiga hari berikutnya bertemu penyandang juara Liga Super, JDT.

Bagi Zahasmi, dua perlawanan ini antara yang paling mencabar dan sengit di mana beliau perlu memastikan kecergasan pemain di tahap terbaik selepas sebulan tidak
beraksi.

Bagaimanapun, menang 2-1 dalam aksi persahabatan ke atas PDRM pada Rabu sedikit sebanyak membantu Zahasmi untuk menilai prestasi anak buahnya.

"Kami memiliki masa yang singkat untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan berdepan Pahang dan JDT, saya berharap Kelantan dapat menghasilkan keputusan yang baik dalam perlawanan ini," kata Zahasmi.

Pengendali PDRM, Fauzi Pilus pula mengharapkan pasukannya terus konsisten untuk meraih kemenangan seterusnya dalam saingan Liga Perdana berdepan UiTM meskipun masih
lagi kehilangan tonggak utamanya, Shakir Ali yang mengalami kecederaan lutut.

"Jika terdapat perkembangan positif dalam proses pemulihan pemain-pemain yang menghadapi kecederaan, kami akan menguji mereka pada bulan Jun atau Julai ini," ujar Fauzi. 

Sumber : Stadium ASTRO