RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 5 Mac 2017

DANIAL PUAS HATI DAPAT BANTU TRW, COACH T-TEAM PUJI DANIAL


Bintang muda Kelantan, Danial Ashraf mengakui berpuas hati sumbangannya berjaya membantu The Red Warriors mengakhiri rentetan kekalahan di Stadium Sultan Muhammad Keempat musim ini, semalam.

Danial bertindak sebagai pemain gantian ketika Kelantan menewaskan T-Team 4-2 pada sabtu.

Dimasukkan di separuh masa kedua, pemain bawah 22 tahun negara ini berjaya memberikan impak yang berbeza kepada skuad bimbingan Zahasmi Ismail.

Gerakan yang dilakukan oleh Arif telah berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan sekaligus membantu Kelantan memperoleh tiga gol.

"Saya telah cuba yang terbaik untuk menrencanakan setiap arahan yang telah diberikan oleh jurulatih, saya berharap dapat membantu pasukan pada perlawanan akan datang," kata Danial.

Kelibat Danial juga mendapat perhatian pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, mengakui kehadiran pemain berusia 20 tahun itu menjadi punca utama kekalahan The Titans di Kota Bharu.

"Kelantan mempamerkan taktikal yang berbeza selepas mereka memasukkan Danial, dia merupakan seorang pemain yang lincah dan berjaya menggugat pertahanan kami," jelas Rahmad.


Sumber : STADIUM ASTRO