Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, rombakan itu dibuat bagi memperkemaskan lagi bentang pertahanan dalam usaha mengekang jentera serangan Melaka yang dibarisi oleh pemain berkaliber.

"Saya akui jentera serangan Melaka yang diketuai oleh Mohd. Amri Yahya cukup hebat dan kuat.

"Jadi kita perlu waspada dan saya harap pemain yang bakal diturunkan dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.

Zahasmi memberitahu, dia sudahpun mempunyai bayangan pemain yang bakal dipertaruhkan untuk menyekat kemaraan penyerang kebangsaan itu.

Pertemuan dengan Melaka yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari lalu terpaksa ditunda akibat cuaca buruk. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN