RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 12 Februari 2017

Piya tidak alami kecederaan serius - Zahasmi

Foto TRWFC.
GAMBAR : TRWFC


KOTA BHARU 12 Feb. - Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mengesahkan kaptennya Mohd.Badhri Radzi atau Piya hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian kepala selepas bertembung dengan pemain Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi.


Zahasmi berkata, akibat pertembungan itu, Piya terpaksa menerima enam jahitan dan berkemungkinan besar boleh diturunkan pada pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNKP) pada aksi Piala FA di Stadium Ipoh, Selasa ini.

"Saya harap Piya dapat sembuh dalam masa terdekat kerana khidmat beliau amat diperlukan oleh pasukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Pada perlawanan itu, Kelantan berjaya mencuri tiga mata apabila menumpaskan Felda United 2-1 menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (minit ke-33) dan Mohammed Ghaddar (minit ke-76). UTUSAN ONLINE


sumber : UTUSAN