RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 25 Februari 2017

Piala Asia 2019 : Kemungkinan tidak bertandang ke Korea Utara

Kuala Lumpur: Harimau Malaysia kemungkinan tidak bertandang ke Pyongyang bulan depan bagi perlawanan menentang Korea Utara dalam saingan Kumpulan B pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 susulan konflik tercetus antara kedua-dua negara ketika ini.
Biarpun belum ada keputusan rasmi dibuat namun Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia Datuk Windsor Paul John tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan situasi semasa ketika ini.
Jelasnya beliau masih menunggu aduan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum membuat keputusan sama ada perubahan venue perlu dilakukan dengan mengadakan di gelanggang berkecuali atau beberapa pilihan lain.
“Sehingga hari ini (semalam), kita masih belum terima apa-apa informasi rasmi daripada pihak FAM. Memang kita mahu politik dipisahkan daripada sukan tapi situasi politik yang tidak normal boleh mengganggu pengelolaan bola sepak termasuk keselamatan semua terbabit.
“Kami masih belum terima apa-apa informasi daripada FAM dan AFC hanya membuat sebarang tindakan susulan selepas menerima maklumat daripada mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara bermula susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.
Wisma Putra kemudian bertindak memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kes Jong-nam.
Malah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kelmarin menasihatkan agar rakyat negara ini tidak mengunjungi republik itu buat masa ini atas faktor keselamatan.
Jelas Windsor, pihaknya akan meminta FAM mengemukakan laporan terperinci mengenai situasi itu sebelum mereka membuat keputusan.
“AFC akan meminta satu laporan terperinci sebelum buat apa-apa keputusan. Kita sedang menunggu tapi sudah ada 12 negara memberikan nasihat supaya jangan pergi ke negara itu (Korea Utara).
“Kami memiliki prosedur selama tiga minggu dan masih ada seminggu lagi untuk membuat keputusan. Dalam tempoh itu, kami memerlukan semua laporan lengkap dan terperinci atas sebab kenapa tidak boleh bermain di sana,” katanya.

Sumber : METRO