RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 13 Februari 2017

Mora kecewa dengan Taktikal Selangor suka main bertahan.



Tindakan Selangor yang kerap berkampung di kawasan sendiri menimbulkan perasaan kurang senang buat pengendali JDT, Benjamin Mora selepas seri 0-0.

"Saya hormati taktikal pasukan lawan tapi agak kecewa kerana mereka seolah-olah datang untuk mencari keputusan seri dan sepatutnya taktikal permainan terbuka dan bukan berkampung di kawasan sendiri".

"Apabila lawan mengambil langkah bertahan sememangnya sukar buat pemain saya untuk menembusi dua lapisan pertahanan yang dibentuk oleh mereka malah mereka berkumpul hampir 11 pemain sepanjang perlawanan.

Malah kami yang menguasai perlawanan tapi itulah bola sepak jika kawal bola tapi tidak dapat jaringkan gol maka ia tidak bermakna.

Mora juga tidak menolak seandainya Ferreira berjaya menyudahkan penalti, Kemungkinan ia bakal mengubah rentak permainan permainan dan akan lebih menarik Selangor pasti kembali mencongak taktikal permainan lebih terbuka.

"Aspek itu perlu saya tingkatkan lagi kerana berada set piece yang dilakukan nyata tidak menjadi dan ia satu kerugian kepada pasukan dan saya perlu lakukan perubahan secara berperingkat untuk meningkatkan lagi kualiti set piece yang dirancang" ujar Mora.


SUMBER : METRO 13hb