RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 28 Februari 2017

Bertuah Lirindon menjaringkan gol di hadapan Ibubapa

Foto Izzali Ismail

Alor Setar: Pemain import Kedah, Liridon Krasniqi menjadi pemain yang bertuah apabila dapat meraikan jaringan gol di hadapan ibu dan bapanya yang pertama kali hadir ke Stadium Darulaman semasa Kedah menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super Sabtu lalu.

Lebih bermakna, sebaik sahaja menghasilkan gol ketiga pada m-86, beliau dilihat terus berlari dan memeluk ibu bapanya yang berada di kawasan Astaka Utama sambil disaksikan oleh lebih 25,000 penyokong Helang Merah yang hadir memberi sokongan.


Menurut Liridon, bapanya, Ruzhdi serta ibunya Nazmija hadir pertama kali ke Stadium Darul Aman untuk melihat beliau beraksi bersama pasukan Kedah dan mereka sangat teruja melihat puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Darulaman pada Sabtu lalu.


"Mereka tiba dari Munich, Jerman dan kali pertama ke Alor Setar di mana mereka sangat gembira dapat memberi sokongan serta melihat suasana sokongan penuh semangat dan ceria di staidum yang mana sebelum ini hanya mendengar cerita daripada saya.

"Kehadiran mereka memberikan semangat dan motivasi tambahan kepada saya untuk beraksi dan lebih bermakna lagi apabila saya berjaya menghasilkan gol di hadapan ibu bapa saya serta semua penyokong yang hadir," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : H.METRO