Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.
Memohon dan kemaskini BR1M secara online:
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
https://ebr1m.hasil.gov.my
Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Memohon dan kemaskini BR1M secara offline:Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 .
Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017
Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2017. Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2017.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Cara Pembayaran BR1M 2017
Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BRIM.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my
Semoga maklumat ini berguna untuk semua
Lihat Jadual Pembayaran BR1M 2017 KLIK PAUTAN INI