RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Khamis, 19 Januari 2017
TRW umum pemain, lancar jersi pagi esok
KUALA LUMPUR: Kelantan akan mengumumkan senarai lengkap skuad The Red Warriors (TRW) pada satu majlis pelancaran jersi dan pengenalan barisan pemain di Dewan Konvensyen Trade Centre (KTC), Kota Bharu esok.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor, berkata majlis itu akan bermula jam 9 pagi dan meminta penyokong TRW hadir.
"Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis serta sebagai tanda sokongan pada pasukan TRW.
"KAFA akan memperkenalkan jersi, pemain dan mengumumkan senarai penuh penaja rasmi yang menyertai konsortium Al Hamra," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Ismail juga mempelawa peminat mengunjungi kaunter jualan syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd, syarikat barangan sukan tempatan,
HORC, serta syarikat pengeluar minuman kesihatan, Yakult. Sementara itu, dua pemain import menggantikan Okiki Afolabi dan Cedric Djeugoue yang dilepaskan Kelantan selepas dipercayai gagal ujian kecergasan serta masalah dokumentasi akan diketahui.
Berdasarkan kenyataan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Facebook miliknya hari ini, TRW dilihat sudah mendapat pengganti Afolabi dan Djeugoue.
"TRW jangan mudah mengalah. Kalau pemain dicuri, bakat baru menanti, kalau jurulatih berhenti kita cari pengganti, kalau penaja tak diizin kita ikhtiar lagi, kalau import gagal setelah diuji ramai boleh dibeli.
"Kalau TRW cuba dibenci ramai lagi yang jujur mencintai, kalau kita difitnah bertubi Allah lebih mengetahui. "Saya tak akan biarkan TRW kita bersendiri dan di anak tiri.
Insya-Allah esok kita lancar jersi masih penuh iklan lagi dan senarai penuh pemain termasuk empat import dengan dua pengganti Cedric dan Okiki," kata Annuar dalam kenyataan itu.
Semua pasukan yang bersaingan dalam Liga Malaysia mempunyai tempoh empat hari sahaja lagi untuk mendaftarkan skuad lengkap sebelum ia ditutup, Ahad ini.
SUMBER : BERITA HARIAN