RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 5 Januari 2017

Tabung selamat bola sepak Kelantan hanya kutip RM10,000



KOTA BHARU: Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan yang diwujudkan bagi membantu menyelesaikan krisis kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hanya berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM10,000 setakat ini. 

Pengerusi Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK), Yassin Mohd Noor, berkata jumlah itu adalah hasil kutipan daripada penyokong dan pencinta bola sepak di negeri ini sejak dilancarkan bulan lalu. 

"Bagi meneruskan usaha menambahkan dana selepas ini, kami akan membawa tabung berkenaan ke beberapa pusat beli-belah dan pejabat institusi kerajaan. 

"Dua program yang dianjurkan BBBSK yang berjaya mendapat sambutan peminat adalah seperti Majlis Santai Bersama Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan & Artis Pujaan Anak Kelantan di Dataran Stadium Muhammad IV dan perlawanan persahabatan antara barisan pemain veteran Kelantan (Ex Kelantan 80-an) dan pemain Kelab Bola Sepak MPSJ (MPSJ FC). 

"Semua hasil kutipan daripada program berkenaan sudah disalurkan ke dalam tabung berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Yassin berkata, pihaknya tidak menetapkan tempoh kepada orang ramai memberikan sumbangan dan cara menyalurkan hasil kutipan akan diperincikan selepas segala kemelut kewangan KAFA berakhir nanti. 

"Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Kelab Sukan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Era 80an Bank Islam, nombor akaun 03102010007213," katanya.

- BERITA HARIAN