Khamis, 5 Januari 2017

Senarai Pemain Import Liga Malaysia 2017


Musim baru Liga Super 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang dengan pasukanJDT FC akan bertemu pasukan Kedah pada perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2017. 

Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Super 2017 akan datang dengan menandatangani barisan pemain-pemain tempatan baru serta mencari pemain-pemain import berkualiti memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, terdapat pasukan yang melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan suntikan terbaik untuk pasukan masing-masing. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah pemilihan barisan pemain-pemain import untuk pasukan masing-masing. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 4 pemain import dengan 1 kuota dikhaskan untuk pemain-pemain Asia. 

Seperti tahun-tahun lalu, setiap pasukan begitu ghairah mencari pemain-pemain import yang diharapkan mampu membawa cabaran pasukan masing-masing. Namun begitu, pelaburan yang diharapkan kepada mereka tidak membuahkan hasil yang diimpikan pasukan serta penyokong masing-masing. Dengan reputasi pemain import yang diharapkan berbaloi dengan perbelanjaan yang dilaburkan, setiap pasukan kini pastinya akan berhati-hati memilih pemain import mewakili pasukan mereka. 

Pemain-pemain import yang ditandatangani diharapkan mampu membantu pasukan serta pemain-pemain tempatan meningkatkan tahap permainan mereka supaya lebih kompetitif. Berikut adalah senarai pemain import Liga Malaysia 2017 akan datang : 


Johor Darul Ta'zim FC
Marcos Antonio (Brazil)
Gonzalo Cabrera (Argentina)
Brian Ferreira (Argentina)
Samuel Cáceres (Paraguay)
Hariss Harun (Bakal diloan ke Jepun/Portugal)


Felda United

Zah Rahan Krangar (Liberia)
Gaston Cellerino (Argentina)
Lutfulla Turaev (Uzbekistan)
Gilberto Carlos Marangoni (Brazil)


Kedah
Ken Ilso (Denmark)
Liridon Krisniqi (Kosovo)
Sandro Mendoca (Brazil)


Kelantan
Margaro Gomis (Senegal)
Okiki Afolabi (Nigeria) *NEW


Selangor
Andik Vermansyah (Indonesia)
Ugo Ukah (Nigeria)
Francis Forkey Doe (Liberia)


Perak TBG
Thiago Junior Aquino (Brazil)
Vladislav Mirchev (Bulgaria)
Mohamed Larbi (Tunisia) *
Yashir Pinto (Palestin)


T-Team
Abdoulaye Maïga (Mali)
Farhod Tadjiev (Uzbekistan)
Dilshod Sharofetdinov (Uzbekistan)

Pahang FC
Mohamadou Sumareh (Gambia)


Pulau Pinang
Reinaldo Lobo (Brazil)
Nigel Dabingyaba (Papua New Guinea)
Besart Berisha (Albania) *
Carl Valeri (Australia) *


Melaka United
Godwin Antwi (Ghana)
Sergio Aguero (Argentina)
Illija Spasojevic (Serbia Montenegro)
Omid Nazari (Filipina)


PKNS FC
Gonzalo Soto (Argentina)
Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia)
Matias Jadue (Palestin)


Sarawak
Mark Hartmann (Filipina)
Lee Jong-ho (Korea Selatan)


* senarai pemain akan dikemaskini dari masa kesemasa

Semoga Senarai Pemain Import Liga Malaysia 2017 ini mampu melonjakkan prestasi semua pasukan dalam aksi Liga Malaysia 2017 nanti. Semoga berjaya!