Kanak Kanak bermain rakit di halaman rumah mereka setelah air banjir menengelamkan kampung Jelujuk. Bendang Pak Yong Pengkalan Kubor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROSNI MASRI
TUMPAT 3 Jan. - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kelantan selepas bermain di atas kayu balak di tebing berhampiran Kampung Laut di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu mangsa, Wan Rosdan Danaeil Wan Rosza, 14, dikatakan meniti kayu balak tersebut sambil bermain air banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.35 petang.
"Anggota bomba ke lokasi kejadian dan operasi mencari sedang dilakukan dengan bantuan Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor," katanya. -UTUSAN ONLINE