Selain di Kobert Concept Store yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin penyokong bolasepak dan hoki Terengganu boleh mendapatkan versi jersi pemain di Al-Ikhsan seluruh Terengganu serta beberapa cawangan di Lembah Klang dengan harga baharu.
PENAJA rasmi jersi pasukan bola sepak dan hoki Terengganu, Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd bakal memperkenalkan jersi versi replika dengan harga mampu milik RM69.90 bermula pertengahan Februari ini sebagai menghargai peminat sukan bola sepak serta hoki di negeri ini.
Pengarah Urusannya, Faeez Asry Yusof berkata, selain jersi replika itu, pihaknya juga telah menurunkan harga jersi versi pemain yang dilancarkan sejak seminggu yang lalu dari RM149.90 kepada RM129.90.
Menurutnya, penurunan harga serta pengenalan jersi versi replika tersebut merupakan salah satu usaha pihaknya dalam menghargai sokongan peminat terhadap pasukan bola sepak yang bersaing dalam kempen Liga Malaysia musim ini (Terengganu FA, T-Team FC) serta skuad hoki Terengganu (THT).
"Selain inisiatif pihak kami, kita juga mengambil kira saranan diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu selepas pelancaran jersi tersebut Sabtu lalu.
"Malah kami juga mengambil inisiatif untuk mengeluarkan jersi versi replika yang lebih murah harganya bagi memberi peluang kepada semua peminat untuk mendapatkan jersi original dari Kobert," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Telusuri Terengganu di Hotel Rimba, semalam.
Mengulas lanjut kualiti jersi versi pemain musim ini, Faeez berkata, ia menggunakan teknologi terbaru FR9 dengan material berkualiti tinggi, ringan, membantu mengeluarkan kehangatan serta membantu penyejatan peluh dengan lebih cepat bagi menjamin keselesaan pemain.
Faeez berkata, peminat boleh mula mendapatkan jersi versi pemain dengan harga baharu RM129.90 di Kobert Concept Store yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus dan Al-Ikhsan di seluruh Terengganu serta beberapa cawangan di Lembah Klang khas buat penyokong di luar Terengganu.
sumber : sinar harian