RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 5 Januari 2017

Kerajaan Myanmar TAK MENGAKU Bunuh Rohingya, Kata Tiada Bukti


YANGON: Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat dakwaan keganasan di wilayah Rakhine, Myanmar, masih mahu menegakkan “benang yang basah” apabila menafikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Islam Rohingya di negara itu.
Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan pembunuhan itu dilakukan, dan bukti juga tidak mencukupi untuk mengatakan adanya kejadian rogol secara berleluasa oleh pihak keselamatan, dakwa suruhanjaya itu dalam laporan interim yang dikeluarkannya.
Suruhanjaya itu diketuai oleh seorang bekas jeneral tentera, Myint Swe yang baru-baru ini disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat menambah, pihaknya masih meneliti dakwaan tentang tindakan membakar rumah kediaman, penangkapan tidak mengikut undang-undang dan penderaan terhadap penduduk Rohingya.
Peliknya, laporan itu tidak langsung menyebut tentang tuduhan paling serius dibuat terhadap pihak keselamatan Myan­mar membunuh penduduk Islam Rohingya.
Sebelum ini, terdapat banyak dakwaan tentang penganiayaan dilakukan ke atas penduduk berkenaan.
Menurut wakil BBC di Myanmar, pembunuhan itu dilakukan sebagai tindak balas ke atas serangan pejuang-pejuang Rohingya ke atas pasukan tentera Myanmar meskipun beratus-ratus penduduk muslim telahpun ditangkap.
Katanya, sejak tiga bulan krisis itu berlaku, tidak banyak usa­ha dilakukan untuk mengatasi.
Suruhanjaya itu dalam laporan yang akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini, berkata, tidak berlaku pembunuhan beramai-ramai kerana masih terdapat penduduk Islam Rohingya tinggal di Rakhine.
“Jumlah bilangan penduduk, masjid dan tempat ibadah di kawasan yang bergolak itu adalah bukti jelas tidak berlaku sebarang pembunuhan beramai-ramai dan juga penindasan agama berlaku,” kata Suruhanjaya tersebut.
Myanmar enggan mengiktiraf Rohingya sebagai antara masyarakat minoriti etnik negara tersebut sebaliknya menyifatkan mereka sebagai orang Bengali atau pendatang haram dari Bangladesh.
Dalam perkembangan yang lain, kerajaan Myanmar juga turut menafikan berlakunya sebarang penderaan dilakukan oleh anggota keselamatannya berhubung sebuah video yang dirakamkan seorang lagi rakan mereka yang menunjukkan penduduk Rohingya dipukul dan ditendang.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pihak kerajaan menahan empat pegawai polis.
Sebelum ini, puluhan ribu orang Rohingya yang menjadi mangsa kebencian penganut Buddha Myanmar, melarikan diri selepas pihak kerajaan mengadakan operasi ketenteraan di wilayah barat laut Myanmar itu sejak bulan Oktober lalu.
Terdapat juga penduduk Islam Rohingnya yang dibunuh manakala yang tidak bernasib baik pula didakwa dirogol, rumah kediaman dibakar, pembunuhan selain diseksa oleh pasukan kese­lamatan.
Keraja­an Myanmar yang kini dike­tuai pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dengan lantang menolak dakwaan tersebut secara mentah-mentah dan menentang tekanan antarabangsa yang menggesa negara itu melindungi masyarakat minoriti tersebut.
Lebih 120,000 orang Rohingya terperangkap dalam kem serba miskin sejak keganasan kaum meletus pada tahun 2012, mereka bukan sahaja tidak diberikan kerakyatan malah menghalang akses kepada jagaan kesihatan dan pendidikan.
- Utusan Malaysia