RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 20 Januari 2017

KENALI MAMADOU PENGGANTI CEDRIC PEMAIN PERTAHANAN TRW

'
Biodata Mamadou Danso (jersi hijau putih)
.
Nama : Mamadou Danso
Negara : Gambia
Umur : 34 tahun
Posisi : Pertahanan
Tinggi : 1.91M
Cap antarabangsa : 10 (1)'



Pertahanan Gambia berpengalaman luas di US

Bekas pemain kebangsaan Gambia kini berusia 33 tahun bermain untuk Rayo OKC di North American Soccer League. Sudah memiliki 10 caps serta jaring satu gol buat skuad kebangsaan Gambia. Pemain ini lebih berpengalaman di Major League Soccer (MLS) di United States bersama pasukan Portland Timbers dan Montreal Impact.

Jangan risau. Ini bukan pemain yang dibawa oleh ejen bermasalah Marcelo Houseman. Mamadou Danso telah dibawa oleh ejen FIFA, WASSERMAN MEDIA GROUP yang juga bertanggungjawab membawa Damion Stewart dan Ugo Ukah dalam saingan Liga Malaysia. Agensi ini turut bertanggungjawab mengatur karier Nacer Chadli (West Brom) dan Divock Origi (Liverpool)

Bermain penuh 90 minit dalam 32 perlawanan tanpa ditukar !

Paling penting mempunyai rekod penampilan bersih bagi musim 2016 bersama Rayo OKC apabila bermain penuh 90 minit 32 game (2880 minit) dan berjaya menjaringkan 4 gol. Hanya sekali diletakkan di bangku simpanan. Sebagai pemain pertahanan, itu sangat luar biasa. Bukan "ayam sakit" bak kata orang Kelantan.