RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 20 Januari 2017

KENALI CELIN PENGGANTI OKIKI STRIKER TRW 2017



Alessandro Celin pemain import baru TRW 2017
Alessandro Celin pemain import baru TRW 2017

Pemain pertahanan dari Gambia, Mamadou Danso dan Alessandro Padovani Celin dari Brazil menjadi calon baharu untuk mengisi kuota pemain import The Red Warriors (TRW) untuk musim 2017. Mereka akan menggantikan Okikiola Afolabi serta Cedric Djeugoue yang gagal memenuhi syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Sumber dalaman Kafa berkata, kedua-dua pemain itu dibawa masuk oleh penaja utama pasukan Tan Sri Annuar Musa, dan mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan serta kecergasan yang ketat sebelum diberikan tawaran kontrak.

Alessandro Celin telah menyertai akademi Atletico Mineiro di Brazil ketika berumur 14 tahun. Celin menyertai kelab Liga-K Gwangju FC pada Julai 2011. Beliau membuat penampilan pertama untuk Gwangju FC menentang Busan Park pada 25 September 2011.

Alessandro Celin pernah trial di Liga Perdana Inggeris(EPL)

Menarik. Selepas dia bermain untuk Gwangju FC di Korea, Alessandro Celin pergi mencuba nasib jalani ujian pemilihan dengan kelab-kelab yang berbeza, termasuklah kelab Liga Perdana Inggeris Fulham dan West Ham United. Walau bagaimanapun, ujian tidak berjaya dan beliau kekal ejen bebas.

Selepas ujian di England dia akhirnya menyertai pasukan gergasi Hong Kong, South China FC pada penghujung 2012. Beliau seterusnya bermain 14 perlawanan dan menjaringkan 4 gol seterusnya membantu South China muncul juara dalam liga utama Hong Kong Divisyen bagi musim 2012/2013.

Pada 18 Oktober 2013, Celin menyertai kelab Ukraine Premier League, Volyn Lutsk. Dan menyertai Juve Stabia di Itali sebelum kelab terkini Concordia Chiajna di liga utama Romania. Lebih banyak masuk beraksi sebagai pemain gantian kerana memasuki kelab tersebut pada pertengahan musim.

Statistik karier Alessandro Celin pemain import baru TRW 2017
Statistik karier Alessandro Celin pemain import baru TRW 2017


Celin berusia 27 tahun miliki ketinggian cukup baik 191cm serta saiz badan tegap sebagai seorang penyerang. Menerusi aksi dalam youtube, Celin mempunyai kepantasan yg agak laju, tenang gelecek lawan & depan gol, rembatan padu kiri dan kanan bakal jadi aset penting pemain yang pernah menyarung jersi South China FC di Hong Kong. Lulus ujian kehenseman.

Alessandro Celin Gol Against Shakhtar Donetsk


Alessandro Celin juga pernah menyumbang gol buat pasukannya Volyn Lutsk menentang kelab gergasi Shakhtar Donetsk di Ukrainian Premier League.




TRW lebih tegas pemilihan import kali ini 

“Kami juga berharap kedua-dua pemain ini lulus ujian yang telah ditetapkan pasukan perubatan dan kecergasan Kafa. Musim ini Kafa dan penaja cukup berhati-hati dalam soal pemilihan pemain import.

“Kami tidak mahu kesilapan mencari pemain import terus berlaku kerana akan merugikan pa­sukan,” katanya di sini hari ini. Sumber dalaman Kafa mendedahkan, Afolabi terpaksa dihantar pulang kerana dia didapati mengalami kecederaan ligamen lutut. Djeugoue pula gagal meme­nuhi beberapa syarat pendaftaran.

Alessandro Padovani Celin sudah tiba di Kota Bharu Kelantan
Alessandro Padovani Celin sudah tiba di Kota Bharu Kelantan


Sementara itu, Annuar memberitahu, beliau tidak akan membenarkan TRW bersendirian dan mudah mengalah jika berdepan sebarang masalah atau tekanan.

“Kalau pemain impot gagal setelah diuji, ramai boleh dibeli. Kalau TRW cuba dibenci, ramai lagi yang jujur mencintai.

“Kalau kita difitnah bertubi, Insya-Allah Allah lebih mengetahui. TRW jangan mudah mengalah, kalau pemain dicuri, bakat baharu menanti, kalau jurulatih berhenti kita cari pengganti,” ujarnya.


Video Alessandro Celin Striker 2016


Alessandro Celin Striker 
Birth: 11-09-1989
Weight: 87 kg
Height: 190 cm




Semoga kehadiran pemain pertahanan dari Gambia, Mamadou Danso dan Alessandro Celin dari Brazil membantu perkuatkan skuad The Red Warriors (TRW) untuk musim 2017.


SUMBER : http://sembangbolaa.blogspot.my/