RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 6 Januari 2017

Kelantan sudah mengesahkan penyertaan 30 November lagi - FMLPP



KOTA BHARU: Kelantan dijangka kekal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 berdasarkan kepada jemputan satu sidang media khas yang akan diadakan jam 11 pagi ini dan turut disertai beberapa wakil penaja.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dikatakan akan mengumumkan perkara itu di Hotel Sutra Inn Prima, di sini bersama wakil penaja, RedOne dan Group Presiden Al Hamra.

Kira-kira jam 10.45 malam tadi, satu perbincangan khas diadakan antara pengurusan tertinggi KAFA dengan Annuar untuk mencari kata putus serta formula terbaik dalam usaha untuk terus menyertai saingan Liga M.

Sumber dalaman KAFA berkata, pertemuan itu memfokuskan kepada perancangan serta hala tuju pasukan yang sebelum ini dilanda kemelut kewangan sehingga wujud cadangan supaya menarik diri daripada Liga M musim ini.

BH Online sebelum ini melaporkan, KAFA mungkin mengekalkan keputusan Kongres Luar Biasa baru-baru ini yang membuat ketetapan menarik diri apabila gagal mendapatkan bantuan kerajaan negeri serta penaja utama.

Walaupun berjanji untuk membantu, hingga jam 10 pagi tadi, tiada sebarang jawapan bertulis diberikan kerajaan negeri kepada KAFA.

Keputusan terkini itu dilihat akan melegakan peminat serta pemain yang begitu mengharapkan Kelantan kekal dalam saingan musim ini.

Petang semalam, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menjelaskan Kelantan sudah mengesahkan penyertaan dan menghantar senarai pemain pada 30 November lalu serta dokumen berkaitan untuk menyertai Liga M.

Setakat ini, FMLLP tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menarik diri.

- BERITA HARIAN