Zahasmi berkata, beliau akan menurunkan barisan terkuat untuk berdepan juara Liga Perdana musim lalu itu bagi memastikan impian tersebut terlaksana.

 "Saya juga mahu barisan pemain memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu nanti dan berdepan MU bukan tugas mudah.

 "Saya harap pemain dapat memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri untuk mencipta kemenangan sulung dalam aksi pembukaan musim ini sekaligus meraih tiga mata penuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Zahasmi memberitahu, dia juga mahu barisan pemainnya mengikis sikap mengambil mudah pertemuan dengan MU walaupun ini kali pertama mereka beraksi di Liga Super.

 Katanya, walaupun pasukan itu masih baharu namun kebanyakkan pemain mereka sudah masak dengan saingan Liga Malaysia. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN