RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 16 Januari 2017

Kalau enggan bermain, lebih baik dia dijual - Noble Kapten West Ham


Kapten West Ham, Mark Noble, berkata dia kecewa dan berang dengan perangai Dimitri Payet dan berkata pasukan itu lebih baik tanpa kelibat pemain Perancis itu yang mahu meninggalkan London.

Payet enggan bermain untuk West Ham tatkala dia bertekad mahu berhijrah susulan kelab itu menolak tawaran GBP20 juta (RM107 juta) daripada bekas majikannya, Marseille.

Penyerang, Andy Carroll, telah pun mengkritik pemain berusia 29 tahun itu selepas West Ham menewaskan Crystal Palace 3-0 pada Sabtu lalu.

"Saya marah dan kecewa kerana saya sering berkata dia merupakan antara pemain terbaik yang saya pernah bermain bersama," jelas Noble.

"Saya sudah tidak bercakap dengannya selama dua tiga minggu. Kami memiliki hubungan yang baik tetapi saya tidak tahu apa sebabnya.

"Saya tidak akan memberi komen mengapa dia mahu keluar tetapi jika ada pemain yang enggan bermain, lebih baik dia dijual."

Kelibat Payet tidak kelihatan ketika West Ham melakar kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace yang turut menyaksikan West Ham naik ke tangga ke-12 liga selepas 21 perlawanan.